//Make Love Like Rainbow

Bonjour!
Annyeong !


Annyeong Rainbow(s) . Welcome to my Wonderland . I'm Amirah Athirah , the owner of this Blog . Be nice here and leave your footprints at my Tagboard . Khamsahamnida .



Tagboard
Leave Your Footprints Here !



YOUR CBOX CODE HERE !
Music
Sing - A - Song !



Credits
Big Claps


Template by Farah Dini
Basecodes by Nurul AtiQah
Edited by Amirah Athirah
Header by Ira
Others:

-------------------------------- Copyright© by Farah Dini 2011-2012 --------------------------------
Hargai Dia Sebelum Dia Pergi

MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Label:


Berharap kau yang terakhir untukku
Assalammualikum 
Dah lama tak update Blog nie.. *Batuk*
Buka Buku Baru , Tutup Buku Lama..
Say Good Bye To My EX !!

Akmal Fauzi  cahaya yang menyinari hidupku sekarang ..

 

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak Ya Rabb
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna Ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu

Seseorang yang ku sayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang ku cintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang ku kasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang  ku kagumi kerana kesantunan sikapnya
Seseorang yang ku kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba
Seseorang yang  ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang  ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang  ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang  ku dengar segala keluh – kesahnya
Seseorang yang  ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…


Ya Allah
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,

Dengar ya wahai hati Aku tahu . Andai saja hati itu boleh discan dengan mata kasar
Kau lah anggota yang sarat dengan duka.Berbanding anggota-anggota yang lain
Penuh dengan torehanluka dan parut.Namun ku tetap yakin
Engkau terlalu kuat dan tabah.aku bangga dengan kau wahai hati.

Wahai hati.Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu.Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun..Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih
Itulah engkau HATI
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat.Kau tetap terus berfungi untukku
Hanya untuk aku

Berharap suatu hari nanti Mirah akan menjadi yang halal untuk Akmal

Label:


Mungkinkah Dia Imanku
Assalammualaikum sebagai pembuka bicara :)

Entah kenapa hatiku gelisah, berdebar kencang dari pagi tadi. Adakah kerana pembentangan hari ini? Mr West mahu aku ikut serta dalam RGM (Mesyuarat Bulanan General Manager) kali ini. Katanya agar aku pun turut mendapat kredit atas usaha keras kami selama ini. Projek dua tahun ini mendapat perhatian CEO. Usai dhuha, aku menarik nafas panjang. Ku panjatkan doa pada Ilahi agar tenang hati ini.
Bilik Mesyuarat Pluto
"Macam mana Umar?", tanya Pengurus Operasi kami. Mataku alihkan kepada lelaki itu. Terpaku aku. Subhanallah. Sosok tubuhnya benar-benar mirip dengan bayang lelaki yang kulihat dalam istikharahku kelmarin.
Pandangan mata kami bertemu. Senyum. Serentak itu, hatiku tenang, bagai semilir angin yang lalu. Allah Allah.
"Mungkinkah dia imamku?" Bisik hatiku penuh debar.
7 hari.
"Diba, awak tolong jumpa Umar. Dapatkan pandangan dia tentang paten komunikasi pekerja indonesia di sini."
"Erkk.. " Aku terkedu. Ya Allah, dekatkanlah dia padaku jika benar dia jodohku. Pada usia 32 tahun ini, hanya tawakal penguat semangatku. Aku yakin, pada ketika dan orang yang tepat, Allah pasti akan menjawab doaku.
Umar Budiharto. Itulah namanya. Baru ku tahu, dia itu berasal dari Bekasi, Indonesia. Cuma aku masih tak pasti apakah status dirinya. Selama ini tekadku, tak mungkin aku menjadi pemusnah kebahagiaan wanita lain.
Mengenalinya, aku rasa bagaikan sudah kenal lama. Tak sukar untuk mencari keserasian antara kami. Dia seperti aku, gilakan fotografi dan seni. Kami sering outing bersama teman-teman Kelab Fotografi. Dia buat aku selesa ,kerana solat tetap di jaga. Pesanannya selalu, mulakan walau sekecil apa pun kerja dengan Bismillah. Masakan tidak, tiga tahun di pesantren telah membentuk dirinya. Malah, sama seperti aku, dia juga memasang hajat membawa bonda dan ayahanda tercinta menunaikan manasik Haji.
Betapa sempurnanya lelaki ini di mataku. Hingga kini, soalan yang satu itu cuba kumatikan dalam benakku. Aku takut dengan jawapannya. Setelah rasa cinta ini membuak di dada, adakah mampu aku bertahan andai dia terhempas begitu sahaja.
7 minggu
Telahanku benar. Sudah lima tahun dia berkahwin, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun tak pernah sekali pun dia mengatakan yang buruk tentang Kak Ayu, isterinya. Betapa bertuahnya kau kak. Oleh kerana tiada pelepasan majikan, Kak Ayu masih di Bekasi. Terpempan aku saat dia menyuarakan hasrat untuk mempertemukan aku dengan KakAyu. Adakah tega aku bertentang mata dengannya. Wanita yang bakal ku rampas separuh dari jiwanya. Pujukan Umar meyakinkan aku untuk bertemu. Ku salam dan ku cium tangan wanita itu. Dia tersenyum . Rupanya banyak yang telah Umar ceritakan tentang aku. Selepas berbasa basi, kak Ayu memulakan bicara.
"Akak rela berkongsi kasih. Mungkin ini cara Allah memberi rahmatNya.'
Sunyi.
Haruskah aku gembira. Aku tak pasti. Antara prinsip dengan cinta dalam hati. Lama diam itu pengisi sunyi. Masing-masing dalam fikiran sendiri. Ku renung lembut wajah kak Ayu. Tulus wajahnya , setulus hatinya. Hujan di hatiku makin sarat. Dan entah dari mana datangnya kekuatan itu.
"Maafkan saya kak. Saya tidak pasti yang saya mampu ikhlas berkongsi kasih dengan akak. Apa mungkin memang Umar dijadikan sebagai pembela wanita, yang mampu menyebarkan cintanya buat kita berdua, itupun saya tak pasti. Berilah saya peluang untuk mencari ketenangan hati dan kekuatan diri. Mungkin ada baiknya kita tangguhkan dulu soal ini. Andai memang ini suratanNya."
Kaki terus ku bawa lari keluar dari KLCC. Empang air mata yang kutahan dari tadi, pecah akhirnya .
"Ya Allah. Aku tidak tahu , ya Allah... Tiada satu pun rahsia Mu dalam pengetahuanku. "
Makkah, 17 Ramadhan 1433H
Selesai sudah tawaf sunat ku. Aku menghela nafas. Alhamdulillah. Masih sudi Kau menerima aku sebagai tetamu Mu. Aku kembali pada Mu ya Allah. Ampunkan aku kerna selalu mencari cinta lain selain Engkau. Malunya aku. Kutundukkan wajahku , lalu bersujud. Aku redha atas segala ketentuanmu. Terimalah taubatku. Air mataku bercucuran. Hanya pada Tuhan Kaabah ini aku meratap. Biarlah kukhabarkan cintaku hanya padaNya.
'"Assalamualaikum Diba". Ku seka airmataku. Saat ku angkat wajahku, ku lihat dia. Ya, dialah lelaki itu. Dialah imamku. Terima kasih Allah.
- Artikel iluvislam.com
Biodata Penulis
Nazlin Akma Adam mempunyai minat yang sangat mendalam di dalam bidang penulisan dan sastera.

Label:


Tumpahkah Cintamu Kepada Allah Sebelum Makhluknya
Assalammualaiukum Semua 
B to O to S to A to N = BOSAN
Baru berapa minggu cuti dah bosan.. ohhhh Tidakkkk ><
Sabar mira , Sentap dulu lah ENTRY nie..  hehe

Cinta adalah satu perkataan yang tidak asing lagi di telinga kita. Apalagi di
kalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sinonim
dengan ungkapan sepasang sejoli yang mabuk asmaraAda yang mengatakan
cinta itu suci, cinta itu agung, cinta itu indah dan terlalu indah hingga tidak dapat
diungkapkan dengan kata-kata, hanya dapat dirasakan dan sebagainya. Bahkan
ada yang menggambarkan oleh kerana tersangat indahnya cinta, syaitan pun
berubah menjadi bidadari " racun dirasa bagaikan madu? ". Yang jelas kerana
cinta, ramai orang yang merasa bahagia namun sebaliknya kerana cinta ramai pula
yang tersiksa dan merana. Cinta dapat membuat seseorang menjadi sangat mulia,
dan cinta pula yang menjadikan seseorang menjadi sangat tercela.

Kita tahu bagaimana kecintaan Khadijah RA kepada Rasulullah SAW yang rela
mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya dengan perasaan bahagia demi
perjuangan si kekasih yang menjadikannya mulia. Sebaliknya ada pemudi yang
mengorbankan kehormatannya demi untuk menyenangkan si kekasih yang dia
lakukan atas nama cinta. Atau ada remaja yang menghabiskan nyawanya dengan
Baygon ( na’udzubillahi min zalik ) hanya kerana cinta. Cinta yang sedemikianlah
yang membawanya kepada kehinaan.

Lalu, apa sebenarnya makna daripada cinta?
Benarkah cinta hanyalah sepenggal kata namun mengandung sejuta makna?
Atau pendapat para filosofi bahawa makna cinta tergantung siapa yang
memandang?

Rupanya tepat seperti ungkapan Ibnu Qayyim Al Jauziah tentang cinta,
bahwasanya, " Tidak ada batasan tentang cinta yang lebih jelas daripada kata
cinta itu sendiri. "

Ada pun kata cinta itu sendiri secara bahasa adalah kecenderungan atau
keberpihakan. Bertolak dari sini cinta dapat didefinisikan sebagai sebuah gejolak
jiwa dimana hati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap apa yang
disenanginya sehingga membuat untuk tetap mengangankannya, menyebut namanya,
rela berkorban atasnya dan menerima dengan segenap hati apa adanya dari yang
dicintainya serasa kurang sekalipun, dan ia tumpahkan dengan kata-kata dan
perbuatan.

Pandangan Islam terhadap Cinta

Cinta dalam pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Islam adalah agama
fitrah, sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah
menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula
melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan
agar cinta tersebut diutarakan.

" Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu
bahawa ia mencintainya. "
HR Abu Daud dan At-Tirmidzi

Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan
dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaan. Islam tidak membelenggu cinta,
kerana itu Islam menyediakan penyaluran untuk itu ( misalnya  
pernikahan ) dimana sepasang manusia diberikan kebebasan untuk bercinta.

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ), isteri-isteri dari jenis
kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan
dijadikanNya di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir. "
Q.S Ar-Ruum : Ayat 21

Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah
tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah ( setelah menikah ).
Jadi tak perlu menunggu " jatuh cinta dahulu " baru berani menikah, atau berpacaran
dahulu baru menikah sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana
( na’udzubillahi min zalik ). Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan,
sehingga nantinya tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat.

Dalam Islam ada peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan /
diutamakan dan siapa / apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyetarakan
semuanya.

" ( Walaupun demikian ), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari
Allah ( untuk menjadi ) sekutu-sekutu ( Allah ), mereka mencintainya, ( memuja dan
mentaatinya ) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang
beriman itu lebih cinta ( taat ) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang
melakukan kezaliman ( syirik ) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada
hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya
tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya,
( nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu ). "
Q.S Al-Baqarah : Ayat 165

Menurut Syaikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat
cinta ( maratibul - mahabah ), iaitu :
1. Peringkat ke 1 dan yang paling tinggi / paling agung adalah tatayyum, yang
merupakan hak Allah semata-mata.
" Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul
‘alamiin. "

" Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat ) kepada Allah "
Q.S Al-Baqarah : Ayat 165

Jadi, ungkapan-ungkapan seperti : " Kau selalu di hatiku, bersemi di dalam kalbu "
atau " Kusebutkan namamu di setiap detak jantungku, "
" Cintaku hanya untukmu, " dan sebagainya seharusnya dan semestinya ditujukan kepada Allah kerana Dialah yang memberikan kita segala nikmat / kebaikan sejak kita
dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu. Jangan terbalik, baru diberi sekelumit
cinta dan kenikmatan dari si " darling " kita sudah hendak menyerahkan jiwa raga
kepadanya yang merupakan hak Allah. Lupa kepada Pemberi Nikmat,

" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan ( pada ) pertukaran malam dan
siang dan ( pada ) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda
yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga ( pada ) air hujan yang Allah
turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi
sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang;
demikian juga ( pada ) peredaran angin dan awan yang tunduk ( kepada kuasa
Allah ) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya ( pada
semuanya itu ) ada tanda-tanda ( yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya ) bagi kaum yang ( mahu )
menggunakan akal fikiran. "
Q.S Al-Baqarah : Ayat 164

2. Peringkat ke 2; 'isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah SAW
Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin
mengikutinya, mencontohinya, dan sebagainya, namun bukan untuk menghambakan
diri kepadanya.

" Katakanlah ( wahai Muhammad ) : Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah
daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan
( ingatlah ), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
Q.S Aali Imran : Ayat 31

3. Peringkat ke 3; syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya. Antara
suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.

4. Peringkat ke 4; shababah iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah
Islamiah.

5. Peringkat ke 5; ‘ithf ( simpati ) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa
simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah,
dan sebagainya.

6. Peringkat ke 6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, iaitu cinta /
keinginan kepada selain dari manusia : harta benda. Namun keinginan ini sebatas
intifa’ ( pendayagunaan / pemanfaatan ).


Hubungan Cinta dan Keimanan

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.
Cinta yang berlandaskan iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan;
sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan iman akan menjatuhkan seseorang ke
jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. As Syahid
Al Imam Hasan Al Banna mengatakan bahawa " dengan dua sayap inilah Islam
diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan. " Bagaimana tidak, jikalau
iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa iman akan jatuh ke jurang
kehinaan. Selain itu iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta
pun tidak lazat tanpa iman.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA, dari Nabi
SAW;
" Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang
hanya kerana Allah SWT. "
Riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah

Tidak hairanlah ketika ‘Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang
sangat dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana
pengakuan seorang wanita tua bahawa ia telah menyusukan pasangan suami isteri
itu di saat mereka masih bayi. Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan.
Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya, yang terkenal
kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya
mengamati bahawa kecintaannya tersebut telah melalaikan Abdullah dalam
berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menceraikan isterinya. Pemuda
Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman, sehingga dia rela
menceraikan belahan jiwanya tersebut demi mempererat kembali cintanya kepada
Allah.

Subhanallah, pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya.

Bagaimana pula halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta, atau yang
‘berpacaran’ atau sudah bercinta sebelum menikah?

Hanya ada dua jalan; bersegeralah menikah atau berpisah kerana Allah, nescaya
akan terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai ‘si dia’ lebih
daripada cinta kepada Allah dan RasulNya.

Dari Anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda;
" Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman,
iaitu mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang
hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah
daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api. "
HR. Bukhari dan Muslim

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;
" Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk
syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling
mencintai. "
HR Muslim

Cinta Kepada Allah, Itulah yang Hakiki

Cinta bagaikan lautan, sungguh luas dan indah. Ketika kita tersentuh tepinya yang
sejuk, ia mengundang untuk melangkah lebih jauh ke tengah, yang penuh rintangan,
hempasan dan gelombang pada siapa sahaja yang ingin mengharunginya. Namun
carilah cinta yang sejati, di lautan cinta berbiduk ‘takwa’ berlayarkan ‘iman’ yang
dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, insyaAllah kita akan
sampai kepada tujuannya iaitu : cinta kepada Allah, itulah yang hakiki, yang kekal
selamanya. Adapun cinta kepada makhlukNya, pilihlah cinta yang hanya
berlandaskan kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu
syaitan, bukan pula kerana desakan nafsu yang menggoda.
Cintailah Allah, berusahalah untuk menggapai cintaNya.
 Menurut Ibnu Qayyim, ada 10 perkara yang menyebabkan seseorang mencintai Allah SWT :
1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat sesudah solat wajib.
3. Selalu menyebut dan berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan dan
perbuatan.
4. Mengutamakan kehendak Allah di saat berlawan dengan kehendak hawa
nafsu.
5. Menanamkan dalam hati asma’ dan sifat-sifatnya dan memahami maknanya.
6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita.
7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah.
8. Menyendiri bermunajat dan membaca kitab sucinya di waktu malam ketika
orang sedang nyenyak tidur (qiammullail)
9. Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang sholeh, mengambil hikmah dan ilmu
dari mereka
10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.


Saling mencintailah kerana Allah agar dapat mendapatkan kecintaan Allah.
 Dalam hadith Qudsi Allah berfirman;
" CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu,
CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu,
dan CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan
keranaKu. "

Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya,nescaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda;
" Pada hari kiamat Allah berfirman : ‘Dimanakah orang-orang yang saling
mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu
ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu. "
HR. Muslim

Bahkan Allah memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah, yang membuat para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka mereka.
Nasa’i meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda;
" Di sekeliling ‘Arsy, terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh
suatu kaum yang berpakaian dan berwajah cahaya pula. Mereka bukanlah para
nabi atau syuhada, tetapi para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka. "
Para sahabat bertanya, " Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka! "
Beliau bersabda, " Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat,
dan saling mengunjungi kerana Allah. "

" Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka
yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan
jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi
orang yang dahaga. "

Akhirul qalam, bertanyalah pada diri kita sendiri :
1. Sudahkah aku menemukan cinta yang hakiki, cinta yang sejati dalam hidup ini?
2. Sejauh mana aku mengenalNya, asma’ ( nama )Nya, sifat-sifatNya,
kehendakNya, laranganNya?
3. Seringkah aku mengingatiNya, menyebut namaNya melalui zikir-zikir yang
panjang?
4. Seringkah aku mendekatkan diri kepadaNya dengan sholat serta ibadah-ibadah
lainnya?
5. Seringkah aku merintih, mengadu dan mengharap kepadaNya melalui untaian
doa yang keluar dari lubuk hati.
6. Sudahkah aku mengikuti kehendakNya dan menjauhi larangan-laranganNya?
7. Apakah aku mencintai seseorang keranaNya atau kerana dorongan nafsuku
sendiri?
8. Sejauh mana aku berusaha untuk mengekang hawa nafsuku sendiri?

Label: